Sabtu, 29 Oktober 2011

Beriman Kepada Adanya Malaikat Fasal (*) Fasal Kedua : Perihal Jin

MASTIKA HADITH
JILID 1

Quick Search :        Show all 
 Exact phrase    All words    Any word
Jilid (*)1
Bab (*)4
Tajuk (*)BERIMAN KEPADA ADANYA MALAIKAT
Fasal (*)Fasal Kedua : Perihal Jin
Kandungan (*)
Sejenis lagi makhluk halus yang ghaib,  yang dipertanggungjawabkan untuk menjalankan undang-undang dan peraturan Tuhan ialah jin.

Makhluk jin ini dijadikan Tuhan dari lidah api (yang boleh menyerap racunnya ke hang bulu roma), mereka dijadikan sebelum kejadian manusia sebagaimana yang diterangkan dalam ayat 27, Surah al-Hijr.

Mereka pula terbahagi kepada dua golongan: 

Golongan yang pertama - lalah yang diciptakan Tuhan dengan sifat semula jadinya mempunyai persediaan sama seperti yang ada pada manusia,  iaitu boleh memikir dan berusaha melakukan perkara-perkara yang baik atau yang buruk.  Oleh sebab itu di antara golongan jin ini ada yang Islam dan ada yang kafir sebagaimana yang diterangkan dalam ayat 14, Surah al-Jin.

Golongan yang kedua pula - lalah yang diciptakan Tuhan dengan sifat semula jadinya mempunyai persediaan untuk melakukan perkara-perkara yang buruk semata-mata. Mereka ini ialah iblis - syaitan meliputi zuriatnya serta bala tenteranya. Golongan inilah yang menyebabkan sebahagian besar dari umat manusia menyeleweng dan terpesong dari undang-undang dan cara hidup yang ditetapkan Allah untuk manusia mendapat nikmat yang sebenar dan kebahagiaan yang kekal. 

Hakikat ini ditegaskan oleh Allah Taala dengan firmanNya yang disampaikan erti maksudnya oleh Rasulullah s.a.w. seperti berikut:

53- عَنْ عِيَاضِ بْنِ حِمَارٍ الْمُجَاشِعِيِّ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ ذَاتَ يَوْمٍ فِي خُطْبَتِهِ أَلَا إِنَّ رَبِّي أَمَرَنِي أَنْ أُعَلِّمَكُمْ مَا جَهِلْتُمْ مِمَّا عَلَّمَنِي يَوْمِي هَذَا كُلُّ مَالٍ نَحَلْتُهُ عَبْدًا حَلَالٌ وَإِنِّي خَلَقْتُ عِبَادِي حُنَفَاءَ كُلَّهُمْ وَإِنَّهُمْ أَتَتْهُمْ الشَّيَاطِينُ فَاجْتَالَتْهُمْ عَنْ دِينِهِمْ… . (مسلم)

53- Dari 'Iyadh bin Himar Al-Mujasyi'i r.a. bahawa Rasulullah s.a.w., pada suatu hari bersabda dalam khutbahnya: "Ketahuilah, sesungguhnya Tuhanku telah memerintahkan supaya aku mengajar kamu akan apa yang tidak kamu mengetahuinya dari perkara-perkara yang diajarkannya kepadaku hari ini, iaitu (Tuhanku berfirman): `Segala harta benda yang Aku berikan seseorang mendapatnya dengan mana-mana jalan yang Aku benarkan: Adalah halal;  dan sesungguhnya Aku telah jadikan hamba-Ku semuanya suci bersih (dari fahaman dan amalan syirik) serta betul benar menurut keadaan semula jadinya; dan sesungguhnya mereka didatangi dan diperdayakan oleh syaitan-syaitan sehingga sebahagian besar di antara mereka menyeleweng dan terpesong dari ajaran agamanya yang sebenar .."

(Muslim)

Dengan adanya angkara syaitan yang demikian, maka Allah Taala Yang Amat Mengasihani mengingatkan anak Adam di dalam al-Qur'an al-Karim supaya masing-masing berjaga-jaga dan mengawasi dirinya daripada fitnah- hasutan syaitan dan bala tenteranya. Di antaranya pada ayat 27, Surah al-A'raf; ayat 168 dan 169, Surah al-Baqarah; ayat 21, Surah an-Nur; dan ayat 5 dan 6, Surah Fatir; yang di antara maksud maksudnya menyatakan bahawa:

(1) Syaitan:  Tabiatnya menghasut, membuat fitnah,  memecahbelahkan rumah tangga dan merosakkan masyarakat.

(2) Syaitan giat memujuk dan memperdayakan manusia supaya melakukan segala jenis kejahatan dan mengatakan yang bukan-bukan terhadap Allah Taala

(3) Sesiapa yang menurut jejak langkah syaitan sudah tentu akan binasa.

(4) Syaitan - kepada manusia - adalah musuh yang jelas nyata semenjak wujudnya Adam (bapa manusia).

(5) Wajib atas tiap-tiap seorang memusuhi syaitan dan bisikan hasutannya sekalipun terdapat atau terasa ada kebaikan di dalamnya, kerana tujuan bisikannya hanyalah hendak menjadikan sesiapa yang menurutnya termasuk dalam golongan ahli neraka. 

Peringatan yang seperti itu kerapkali diulang-ulangkan oleh Allah Taala di dalam al-Qur'an kerana kegiatan syaitan terhadap jiwa manusia samalah seperti kegiatan kuman-kuman penyakit terhadap tubuh badannya; kalau kuman-kuman penyakit tidak dapat menyerang tubuh badan seseorang melainkan apabila ia cuai memelihara peraturan kesihatan, maka syaitan juga tidak dapat menyerapkan bisikan hasutannya ke dalam jiwa manusia melainkan pada masa manusia lalai - tidak mengindahkan ajaran dan peringatan Allah.

Hakikat ini dijelaskan oleh ayat 36, Surah az-Zukhruf, dan ayat 19 Surah al-Mujadalah yang di antara maksud-maksudnya menyatakan: Bahawa di antara undang-undang kejadian Allah ialah memberi peluang kepada syaitan untuk menjadi teman rapat kepada sesiapa yang lalai - yang tidak mengindahkan ajaran dan peringatan Allah, serta syaitan pula dapat menguasai jiwa orang itu.

Kalau orang yang tersebut berpanjangan dengan keadaan yang demikian tidak segera kembali ke jalan yang benar,  jadilah ia dari puak sekutu syaitan; dan sesiapa yang termasuk dalam puak sekutu syaitan,  maka dialah "Syaitan manusia" yang tersebut pada ayat 112 Surah al-An'am, dan yang disuruh meminta berlindung dari angkaranya, oleh hadis yang berikut:

54- عَنْ أَبِي ذَرٍّ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ تَعَوَّذْ بِاللَّهِ مِنْ شَرِّ شَيَاطِينِ الْإِنْسِ وَالْجِنِّ قَالَ قُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ وَلِلْإِنْسِ شَيَاطِينُ قَالَ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ نَعَمْ. (الإمام أحمد وابن مردويه والبيهقي)

54- Dari Abu Zar, r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. memerintahkan daku dengan bersabda: "Hendaklah engkau memohon perlindungan Allah daripada angkara syaitan-syaitan manusia dan jin" Aku pun meminta penjelasan Baginda s.a.w. dengan berkata:  "Ya Rasulullah,  adakah manusia juga menjadi syaitan-syaitan." Baginda menjawab:  "Ya benar! ".

(Imam Ahmad, Ibn Marduwaih dan al-Baihaqi)

Oleh itu, tiap-tiap seorang hendaklah memohon kepada Allah s.w.t. supaya dilindungi dari angkara sekalian syaitan dan supaya syaitan-syaitan itu tidak dapat menghampirinya, dengan sentiasa membaca: رَبِّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ"ayat 97-98 Surah al-Mukminun, sambil mengingatkan maksud ayat-ayat suci yang tersebut (1), mudah-mudahan orang yang memohon perlindungan Allah yang demikian, beroleh kesentosaan dan kebahagiaan di dunia dan di akhirat.

______________________________


  1. Maksud ayat-ayat 97-98, Surah al-Mu'minun yang tersebut ialah: Ya Tuhanku,  aku berlindung kepada-Mu dari hasutan syaitan-syaitan dan aku berlindung kepada-Mu - supaya syaitan-syaitan itu tidak menghampiriku

Tiada ulasan:

Tutorial Belajar Bahasa Arab Online - Bimbingan Ustaz Esnan Effendi


sumber - http://www.assunnah-qatar.com/
Kitab -http://www.assunnah-qatar.com/download/e-book/bahasa-arab#
http://www.assunnah-qatar.com/download/e-book/bahasa-arab/file/477-durus-lughah-al-arobiyah

V1-هذا V2 - ما هذا؟ & تامرين V3 - تامرين

Kisah dari Al-Quran

Mufti SS Ustaz Dr. Mohd. Fatri Bakaram ( Dr. MFB )
Ustaz Abdul Halim bin Nasir Al-Hafiz ( UAHN )
Ustaz Anzaruddin Ahmad (UAA)
Ustaz Zahiruddin Zabidi ( UZZ )


SURAH 2 : Al-Baqarah

1. Kisah Nabi Adam

Kisah Al-Quran, S2:30-33 Kisah Penciptaan Nabi Adam.
KQ1.1 S2:34 Kisah Nabi Adam dengan Malaikat.
KQ1.2 S2:35 Kisah Nabi Adam & Hawa.
KQ1.3 S2:36 Kisah Nabi Adam & Hawa digelincirkan dari Syurga.

2. Kisah Bani Israil

KQ2.1 S2:40-41 Ingatan Allah Terhadap Bani Israil.
KQ2.2 S2:42-45 Teguran Allah Agar Tidak Mencampurkan Antara Hak & Batil.
KQ2.4 S02:50-52 Allah Membelah Laut Merah.
KQ2.5 S02:53-56 Allah Menurunkan Taurat Sebagai Pembeza.
KQ2.6 S02:57-59 Bani Israil dinaungi Awan & Turunnya Manna & Salwa.
KQ2.7 S02:60-61 Terpancutlah Dua Belas Mata Air
KQ2.8 S2:65-71 Kisah Monyet & Ikan dan Penyembelihan Lembu Betina.

3. Kisah Nabi Sulaiman

4. Kisah Nabi Ibrahim.

5. Kisah Perpindahan Kiblat

6. Kisah Nabi Samuel - Talut dan Jalut.

7. Kisah Nabi Ibrahim

Surah 3 - Ali Imran



Surah ke-4 : Surah An-Nisa'



Surah ke-19 : Surah Maryam



SIRAH SAHABAT RASULULLAH - Ustaz Abdul Halim bin Nasir Al-Hafiz


1.1 Lima Gelaran Mulia Saidina Abu Bakar. Abi Bakrin, Abdul Kaabah, Al-Atiq ( Bebas daripada api neraka, Al-Awwah ( Orang yang Gerun, Cemas & Takut Siksaan Allah) dan As-Siddiq .
1.2 Isteri-isteri dan zuriatnya, Serikandi Islam.i. Khusailah Abdul Uzzah ( bercerai -tidak mahu memeluk Islam) melahirkan Abdullah & Asma bt.Abu Bakar. ii. Ummu Ruman bt. Akhil melahirkan Abdul Rahman & A'isyah bt Abu Bakar. iii. Asmah bt. Umai melahirkan Muhammad bin Abi Bakrin iv. Habibah bt. Khalijah melahirkan Ummu Kalthom.

Indahnya Bahasa.

Isu Terkini 1

Informasi Terkini

Kajian Kitab HALAL DAN HARAM DALAM ISLAM - DR.YUSUF AL-QHARDAWI.

Kuliah Maghrib Surau Al Husna oleh Al Fadhil Ustaz Zulkifli Ishak
MUQADDIMAH
PENDAHULUAN
BAB PERTAMA. POKOK-POKOK AJARAN ISLAM TENTANG HALAL DAN HARAM
1.1 Asal Tiap-Tiap Sesuatu Adalah Mubah ( video kuliah1)
1.2 Menentukan Halal Haram Semata-mata Hak Allah
1.3 Mengharamkan yang Halal dan Menghalalkan yang Haram Sama dengan Syirik
1.4 Mengharamkan yang Halal akan Berakibat Timbulnya Kejahatan dan Bahaya
1.5 Setiap yang Halal Tidak Memerlukan yang Haram
1.6 Apa Saja yang Membawa Kepada Haram adalah Haram
1.7 Bersiasat Terhadap Hal yang Haram, Hukumnya adalah Haram
1.8 Niat Baik Tidak Dapat Melepaskan yang Haram
1.9 Menjauhkan Diri dari Syubhat Karena Takut Terlibat dalam Haram
1.10 Sesuatu yang Haram Berlaku Untuk Semua Orang
1.11 Keadaan Terpaksa Membolehkan yang Terlarang
Catatan Kaki
BAB KEDUA. MAKANAN, PAKAIAN DAN RUMAH
2.1 Makanan dan Minuman
2.1.1 Menyembelih dan Makan Binatang dalam Pandangan Agama Hindu
2.1.2 Binatang yang Diharamkan dalam Pandangan Yahudi dan Nasrani
2.1.3 Menurut Pandangan Orang Arab Jahiliah
2.1.4 Islam Menghalalkan yang Baik
2.1.5 Diharamkan Bangkai dan Hikmahnya
2.1.6 Haramnya Darah yang Mengalir
2.1.7 Daging Babi
2.1.8 Binatang yang Disembelih Bukan Karena Allah
2.1.9 Macam-Macam Bangkai
2.1.10 Hikmah Diharamkannya Macam-Macam Binatang di Atas
2.1.11 Binatang yang Disembelih untuk Berhala
2.1.12 Ikan dan Belalang Dapat Dikecualikan dari Bangkai
2.1.13 Memanfaatkan Kulit Tulang dan Rambut Bangkai
2.1.14 Keadaan Darurat dan Pengecualiannya
2.1.15 Daruratnya Berobat
2.1.16 Perseorangan Tidak Boleh Dianggap Darurat Kalau Dia Berada Dalam Masyarakat yang di Situ Ada Sesuatu yang Dapat Mengatasi Keterpaksaannya Itu
2.1.17 Penyembelihan Menurut Syara'
2.1.17.1 Binatang Laut Semua Halal
2.1.17.2 Menyembelih Sebagai Syarat Halalnya Binatang
2.1.17.3 Syarat-Syarat Penyembelihan Menurut Syara'
2.1.17.4 Rahasia Penyembelihan dan Hikmahnya
2.1.17.5 Hikmah Menyebut Asma' Allah Waktu Menyembelih
2.1.17.6 Sembelihan Ahli Kitab
2.1.18 Berburu
2.1.18.1 Syarat yang Berlaku Untuk Pemburu
2.1.18.2 Syarat yang Berkenaan dengan Binatang yang Diburu
2.1.18.3 Alat yang Dipakai Untuk Berburu
2.1.19 Khamar (Arak)
2.1.19.1 Setiap yang Memabukkan Berarti Arak
2.1.19.2 Minum Sedikit
2.1.19.3 Memperdagangkan Arak
2.1.19.4 Seorang Muslim Tidak Boleh Menghadiahkan Arak
2.1.19.5 Tinggalkan Tempat Persidangan Arak
2.1.19.6 Khamar Adalah Penyakit Bukan Obat
2.1.20 Narkotik
2.1.20.1 Setiap yang Berbahaya Dimakan atau Diminum, Tetap Haram
2.2 Pakaian dan Perhiasan
2.2.1 Islam Agama Bersih dan Cantik
2.2.2 Emas dan Sutera Asli Haram Untuk Orang Laki-Laki
2.2.3 Hikmah Diharamkannya Emas dan Sutera Terhadap Laki-Laki
2.2.4 Hikmah Dibolehkannya Untuk Wanita
2.2.5 Pakaian Wanita Islam
2.2.6 Laki-Laki Menyerupai Perempuan dan Perempuan Menyerupai Laki-Laki
2.2.7 Pakaian Untuk Berfoya-Foya dan Kesombongan
2.2.8 Berlebih-Lebihan Dalam Berhias dengan Mengubah Ciptaan Allah
2.2.9 Tatoo, Kikir Gigi dan Operasi Kecantikan Hukumnya Haram
2.2.10 Menipiskan Alis
2.2.11 Menyambung Rambut
2.2.12 Semir Rambut
2.2.13 Memelihara Jenggot
2.3 Dalam Rumah
2.3.1 Lambang-Lambang Kemewahan dan Kemusyrikan
2.3.2 Bejana Emas dan Perak
2.3.3 Islam Mengharamkan Patung
2.3.4 Hikmah Diharamkannya Patung
2.3.5 Bimbingan Islam dalam Mengabadikan Orang Besar
2.3.6 Rukhsah dalam Permainan Anak-Anak
2.3.7 Patung yang Tidak Sempurna dan Cacat
2.3.8 Lukisan dan Ukiran
2.3.9 Gambar yang Terhina Adalah Halal
2.3.10 Photografi
2.3.11 Subjek Gambar
2.3.12 Kesimpulan Hukum Gambar dan yang Menggambar
2.3.13 Memelihara Anjing Tanpa Ada Keperluan
2.3.14 Memelihara Anjing Pemburu dan Penjaga, Hukumnya Mubah
2.3.15 Pengetahuan Ilmu Modern Tentang Memelihara Anjing
2.4 Bekerja dan Usaha
2.4.1 Diamnya Orang yang Mampu Bekerja adalah Haram
2.4.2 Bilakah Minta-Minta Itu Diperkenankan?
2.4.3 Jaga Harga Diri dengan Bekerja
2.4.4 Bekerja dengan Jalan Bercocok-Tanam
2.4.5 Bercocok-Tanam yang Diharamkan
2.4.6 Perusahaan dan Mata-Pencaharian
2.4.7 Beberapa Usaha dan Mata-Pencaharian yang Diberantas oleh Islam
2.4.7.1 Melacur
2.4.7.2 Tarian dan Seni Tubuh
2.4.7.3 Perusahaan Melukis, Membuat Salib dan Sebagainya
2.4.7.4 Perusahaan Minuman Keras dan Narkotik
2.4.8 Bekerja dengan Jalan Berdagang
2.4.9 Pendirian Gereja Tentang Masalah Dagang
2.4.10 Perdagangan yang Dilarang
2.4.11 Bekerja Sebagai Pegawai
2.4.12 Kepegawaian yang Diharamkan
2.4.13 Pedoman Secara Umum Tentang Bekerja
Catatan Kaki
BAB KETIGA. GHARIZAH, PERNIKAHAN DAN KELUARGA
3.1 Lapangan Gharizah
3.1.1 Jangan Dekat-dekat pada Zina
3.1.2 Pergaulan Bebas adalah Haram
3.1.3 Melihat Jenis Lain dengan Bersyahwat
3.1.4 Haram Melihat Aurat
3.1.4.1 Batas dibolehkannya Melihat Aurat Laki-Laki atau Perempuan
3.1.4.2 Perhiasan Perempuan yang Boleh Tampak dan yang Tidak Boleh
3.1.4.3 Aurat Perempuan
3.1.5 Perempuan Masuk Pemandian
3.1.6 Menampak-nampakkan Perhiasan adalah Haram
3.1.7 Beberapa Hal yang Dapat Mengeluarkan Perempuan dari Batas Tabarruj
3.1.8 Isteri yang Melayani Tamu-Tamu Suaminya
3.1.9 Hubungan Kelamin yang Tidak Normal adalah Berdosa Besar
3.1.10 Hukumnya Onani (Masturbatio)
3.2 Perkawinan
3.2.1 Tidak Ada Pembujangan Dalam Islam
3.2.2 Melihat Tunangan
3.2.3 Pinangan yang Diharamkan
3.2.4 Perawan Harus Diminta Izin dan Jangan Dipaksa
3.2.5 Perempuan yang Haram Dikawin
3.2.5.1 Perempuan yang Haram Dikawin Karena Ada Hubungan Susuan
3.2.5.2 Perempuan yang Haram Dikawin Karena Ada Hubungan Kekeluargaan Berhubungan dengan Perkawinan
3.2.5.3 Memadu Antara Dua Saudara
3.2.5.4 Perempuan-Perempuan yang Bersuami
3.2.5.5 Perempuan-Perempuan Musyrik
3.2.6 Kawin dengan Perempuan Ahli Kitab
3.2.7 Perempuan Muslimah Kawin dengan Laki-Laki Lain
3.2.8 Perempuan Zina
3.2.9 Kawin Mut'ah
3.2.10 Poligami
3.2.10.1 Adil Adalah Syarat Dibolehkan Poligami
3.2.10.2 Hikmah Dibolehkannya Poligami
3.2.11 Hubungan Suami-Isteri
3.2.12 Jalinan Perasaan Antara Suami-Isteri
3.2.13 Jangan Bersetubuh di Dubur
3.2.14 Menjaga Rahasia Isteri
3.2.15 Keluarga Berencana
3.2.15.1 Alasan yang Mendorong Keluarga Berencana
3.2.16 Pengguguran (Aborsi)
3.2.17 Hak dan Kewajiban dalam Pergaulan Antara Suami-Isteri
3.2.18 Suami-Isteri Harus Sabar
3.2.19 Ketika Nusyuz dan Bersengketa
3.2.20 Cerai
3.2.20.1 Talaq Sebelum Islam
3.2.20.2 Talaq dalam Pandangan Agama Yahudi
3.2.20.3 Talaq dalam Pandangan Agama Kristen
3.2.20.4 Pertentangan Sekte Kristen dalam Persoalan Talaq
3.2.20.5 Effek Pengekangan Agama Kristen dalam Persoalan Talaq
3.2.20.6 Penolakan Farid Dalam Persoalan Ini
3.2.20.7 Agama Kristen Hanya Obat Sementara, Bukan Syariat yang Universal
3.2.20.8 Islam Membatasi Persoalan Talaq
3.2.20.9 Mencerai Perempuan Waktu Datang Bulan
3.2.20.10 Bersumpah Untuk Mencerai Hukumnya Haram
3.2.20.11 Perempuan yang Dicerai Tetap Tinggal di Rumah Suami Selama dalam Iddah
3.2.20.12 Talaq Harus Dijatuhkan Bertahap
3.2.20.13 Kembali dengan Baik atau Melepas dengan Baik
3.2.20.14 Tidak Boleh Menghalang-Halangi Perempuan yang Dicerai, Untuk Kawin dengan Laki-Laki Lain
3.2.21 Hak Isteri yang Tidak Suka
3.2.22 Menyusahkan Isteri Hukumnya Haram
3.2.23 Bersumpah Untuk Menjauhi Isteri, Hukumnya Haram
3.3 Hubungan Antara Orang Tua Dan Anak
3.3.1 Islam Memelihara Nasab
3.3.2 Ayah Tidak Boleh Mengingkari Nasab Anaknya
3.3.3 Mengambil Anak Angkat Hukumnya Haram dalam Islam
3.3.3.1 Bagaimana Pandangan Islam Terhadap Peraturan Jahiliah Ini?
3.3.3.2 Lembaga Anak Angkat Dihapus dengan praktek, Setelah Dihapusnya dengan Perkataan
3.3.3.3 Mengangkat Anak dengan Arti Mendidik dan Memelihara
3.3.4 Pencangkokan Sperma (Bayi Tabung)
3.3.5 Menisbatkan Anak Kepada Selain Ayahnya Sendiri Menyebabkan Laknat
3.3.6 Jangan Membunuh Anak
3.3.7 Persamaan dalam Pemberian Kepada Anak-anak
3.3.8 Menegakkan Hukum Waris dalam Batas Ketentuan Allah
3.3.9 Durhaka Kepada Dua Orang Tua, Dosa Besar
3.3.9.1 Membuat Gara-Gara yang Menyebabkan Dicacinya Dua Orang Tua, Termasuk Dosa Besar
3.3.9.2 Pergi ke Medan Jihad Tanpa Izin Orang Tua, Tidak Boleh
3.3.9.3 Dua Orang Tua yang Musyrik
Catatan Kaki
BAB KEEMPAT. KEPERCAYAAN DAN TRADISI, MU'AMALAH, HIBURAN, KEMASYARAKATAN, ANTAR-UMAT
4.1 Masalah Kepercayaan dan Tradisi
4.1.1 Nilai Sunnatullah dalam Alam Semesta
4.1.2 Memberantas Ramalan dan Khurafat
4.1.3 Percaya Kepada Tukang Tenung, Kufur
4.1.4 Mengadu Nasib dengan Azlam
4.1.5 Sihir
4.1.6 Bertangkal
4.1.7 Tathayyur (Merasa Sial)
4.1.8 Memerangi Tradisi Jahiliah
4.1.9 Tidak Ada Ashabiyah dalam Islam
4.1.10 Tidak Boleh Ada Pertentangan Lantaran Nasab dan Warna Kulit
4.1.11 Meratapi Orang yang Sudah Mati
4.2 Bagian Mu'amalah (Hubungan Pekerjaan)
4.2.1 Menjual Sesuatu yang Haram, Hukumnya Haram
4.2.2 Menjual Barang yang Masih Samar, Terlarang
4.2.3 Mempermainkan Harga
4.2.4 Penimbun Dilaknat
4.2.5 Mencampuri Kebebasan Pasar dengan Memalsu
4.2.6 Makelar Itu Sendiri Hukumnya Halal
4.2.7 Perkosaan dan Penipuan, Hukumnya Haram
4.2.8 Siapa yang Menipu, Bukan dari Golongan Kami
4.2.9 Banyak Sumpah
4.2.10 Mengurangi Takaran dan Timbangan
4.2.11 Membeli Barang Rampokan dan Curian sama dengan Perampas dan Pencuri
4.2.12 Riba adalah Haram
4.2.12.1 Hikmah Diharamkannya Riba
4.2.12.2 Pemberi Riba dan Penulisnya
4.2.12.3 Rasulullah Selalu Minta Perlindungan pada Allah dari Berhutang
4.2.12.4 Menjual Kredit dengan Menaikkan Harga
4.2.12.5 Salam
4.2.13 Kerjasama dalam Suatu Pekerjaan dan Tentang Masalah Kapital
4.2.14 Syirkah antara Pemilik-Pemilik Modal
4.2.15 Asuransi
4.2.15.1 Apakah Asuransi dapat Digolongkan Yayasan Dana Bantuan
4.2.15.2 Sesuaikan dengan Islam
4.2.15.3 Asuransi Menurut Aturan Islam
4.2.16 Memanfaatkan Tanah Pertanian
4.2.16.1 Cara Pemanfaatannya
4.2.16.2 Muzara'ah yang Tidak Dibenarkan
4.2.16.3 Qias yang dapat Menetapkan Dilarangnya Menyewakan dengan Uang
4.2.17 Syirkah dalam Memelihara Binatang
4.3 Tentang Hiburan
4.3.1 Sekedarnya Saja
4.3.2 Rasulullah s.a.w. adalah Manusia
4.3.3 Hati Itu Bisa Bosan
4.3.4 Macam-Macam Hiburan yang Halal
4.3.4.1 Perlombaan Lari Cepat
4.3.4.2 Gulat
4.3.4.3 Memanah
4.3.4.4 Main Anggar
4.3.4.5 Menunggang Kuda (Berpacu Kuda)
4.3.4.6 Berburu
4.3.4.7 Main Dadu
4.3.4.8 Main Catur
4.3.4.9 Menyanyi dan Muzik
4.3.5 Judi adalah Kawan Arak
4.3.6 Undian, Salah Satu Macam Judi
4.3.7 Nonton Film
4.4 Hubungan Masyarakat
4.4.1 Tidak Halal Seorang Muslim Menjauhi Kawannya
4.4.2 Mendamaikan Persengketaan
4.4.2.1 Jangan Ada Suatu Golongan Memperolokkan Golongan Lain
4.4.2.2 Jangan Mencela Diri-Diri Kamu
4.4.2.3 Jangan Memberi Gelar dengan Gelar-Gelar yang Tidak Baik
4.4.2.4 Su'uzh-Zhan (Berburuk Sangka)
4.4.2.5 Tajassus (Memata-matai)
4.4.2.6 Ghibah (Mengumpat)
4.4.2.6.1.1 Karena suatu kepentingan
4.4.2.6.1.2 Karena suatu niat
4.4.2.7 Mengadu Domba
4.4.2.8 Melindungi Harga Diri
4.4.2.9 Kehormatan Darah
4.4.2.9.1 Pembunuh dan yang Terbunuh, Kedua-duanya di Neraka
4.4.2.9.2 Dilindunginya Darah Kafir 'Ahdi dan Dzimmi
4.4.2.9.3 Bilakah Kehormatan Darah Itu Gugur?
4.4.2.9.4 Bunuh Diri
4.4.2.10 Melindungi Harta Benda
4.4.2.10.1 Menyuap, Hukumnya Haram
4.5 Hubungan antara Ummat Islam dengan Ghairul Islam
4.5.1 Tinjauan Khusus untuk Ahli Kitab
4.5.2 Ahludz Dzimmah (Orang Kafir yang Berada di Wilayah Pemerintahan Islam)
4.5.3 Bersahabat dengan Golongan Ghairul Islam dan Penganutnya
4.5.4 Orang Islam Minta Batuan Kepada Ghairul Islam
4.5.5 Islam Membawa Rahmat untuk Segenap Ummat Manusia Sampai kepada Binatang
Catatan Kaki
PENUTUP
Catatan Kaki

Sumber

Pemikiran Sejahtera

SIRI KULIAH oleh Ustaz Abdul Halim bin Nasir Al-Hafiz
.
.
Iman dan Kehidupan -
Dr. Yusuf Al-Qhardawi
Peringkat Janin.
Mengingati Kurniaan Allah
Nikmat Kemanusiaan.
Ukhuwah.

Berhati Teguh Menghadapi Kesulitan.


.
.
Apa Erti Saya Memeluk Islam - Fathy Yakan

Muslim Akidah


3.
.
.

MEMAHAMI AL-QURAN MELALUI NAHU DAN SORAF Bersama Ustaz Abdullah bin Endut.

Kursus Mamahami Bahasa Arab Al-Quran ( 2 Tahun / Lebih 100 Siri )
Bermula 22/02/2012................................................22/02/2014.
Siri 28. Fi'el
Siri 41. Haraf
Siri 54. Penditilan Haraf Melalui Surah Ali Imran Ayat 1...dan Al-Baqarah Ayat 159 - 164 ( Mengenalpasti Fi'il Mudhariq ).
Siri 55. Mengenalpasti Mabni & Mubrab.
Siri 56. Pendetail Pembentukan fe'el dalam Al-Quran



30 Mac 2010, Sekolah Kebangsaan Jelutung, Kulim.
Pengalaman Pertama Diuji Hafazan - Juz Amma.
Mewakili Sekolah Kebangsaan Seri Kulim
dalam Majlis Tadarus Al-Quran ( MTQ ), PKG Kulim.

Nikmat Allah yang mana lagi yang kamu dustakan ? HAFAZAN SURAH AR-RAHMAN.

Bacaan Al-Quran Oleh Ustaz Ismail bin Hashim

Kunjungan Hari Ini