Live Pilihan IBAI, ABU ANAS

Live Pilihan IBAI, ABU ANAS.

Khamis, 1 September 2011

Bangsa-Bangsa yang Dimusnahkan oleh Allah - Siri 1

Part 1 - Kemusnahan Kaum Luth dan Kaum 'Aad

Bukti 1 daripada Al-Quran
A081
(Mendengarkan yang demikian tetamunya berkata: "Wahai Lut! Sesungguhnya kami (adalah malaikat) utusan Tuhanmu. Kaum engkau yang jahat itu tidak sekali-kali akan dapat melakukan kepadamu (sebarang bencana). Oleh itu, pergilah berundur dari sini bersama-sama dengan keluargamu pada tengah malam, dan janganlah seorangpun di antara kamu menoleh ke belakang. Kecuali isterimu, sesungguhnya ia akan ditimpa azab yang akan menimpa mereka (kerana ia memihak kepada mereka). Sesungguhnya masa yang dijanjikan untuk menimpakan azab kepada mereka ialah waktu subuh; bukankah waktu subuh itu sudah dekat?" (Hud 11:81) |  English Translation 

A082
Maka apabila datang (masa perlaksanaan) perintah Kami, Kami jadikan negeri kaum Lut itu diterbalikkan (tertimbus segala yang ada di muka buminya) dan kami menghujaninya dengan batu-batu dari tanah yang dibakar, menimpanya bertalu-talu. (Hud 11:82) |  English Translation 

A083
Batu-batu itu ditandakan di sisi Tuhanmu (untuk membinasakan mereka), dan Ia pula tidaklah jauh dari orang-orang yang zalim itu. (Hud 11:83) | | English Translation 



Bukti 2 daripada Al-Quran
A073
Akhirnya merekapun dibinasakan oleh letusan suara yang menggempakan bumi, ketika matahari terbit. (Al-Hijr 15:73) | English Translation 

A074
Maka Kami jadikan negeri kaum Lut itu tunggang-balik (tertimbus segala yang ada di muka buminya), dan kami hujani atasnya dengan batu dari tanah yang dibakar. (Al-Hijr 15:74) |  English Translation 

A075
Sesungguhnya balasan azab yang demikian itu, mengandungi tanda-tanda bagi orang-orang yang kenalkan sesuatu serta memerhati dan memikirkannya. (Al-Hijr 15:75) |  English Translation 



Kemusnahan Kaum 'Aad


Bukti 1 daripada Al-Quran
A006
Adapun Aad (kaum Nabi Hud), maka mereka telah dibinasakan dengan angin ribut yang kencang, yang melampau kencangnya, - (Al-Haaqqah 69:6) |  English Translation 

A007
Yang diarahkannya menyerang mereka tujuh malam lapan hari terus-menerus; (kalaulah engkau menyaksikannya) maka engkau akan melihat kaum itu bergelimpangan mati, seolah-olah mereka: batang-batang pohon kurma yang (tumbang dan) lompang. (Al-Haaqqah 69:7) |  English Translation 



Bukti 2 daripada Al-Quran
A006
(Kami tetap akan membinasakan orang-orang yang menentangmu wahai Muhammad), tidakkah engkau perhatikan, bagaimana Tuhanmu telah melakukan terhadap kaum Aad (yang kufur derhaka) (Al-Fajr 89:6) |  English Translation 

A007
Iaitu penduduk "Iram" yang mempunyai bangunan-bangunan yang tinggi tiangnya, (sesuai dengan penduduknya) (Al-Fajr 89:7) |  English Translation 

A008
Yang belum pernah diciptakan sepertinya (tentang besar dan kukuhnya) di segala negeri (pada zamannya)? (Al-Fajr 89:8) | English Translation 



Bukti 3 daripada Al-Quran
A024
Maka apabila mereka melihat azab itu sebagai awan yang menghala ke lembah-lembah mereka, mereka berkata: "Ini ialah awan yang akan membawa hujan kepada kita!" (Mendengarkan kata-kata yang demikian, Nabi Hud berkata): "Tidak! Bahkan itulah (azab) yang kamu minta disegerakan kedatangannya, iaitu angin yang membawa azab seksa yang tidak terperi sakitnya; (Al-Ahqaaf 46:24) |  English Translation 



Bukti 4 daripada Al-Quran
A015
Adapun kaum Aad, maka mereka berlaku sombong takbur di muka bumi dengan tiada sebarang alasan yang benar, serta berkata: "Siapakah yang lebih kuat dari kami?" Dan (mengapa mereka bersikap demikian?) Tidakkah mereka memerhatikan bahawa Allah yang menciptakan mereka (dari tiada kepada ada) adalah lebih besar kekuatanNya dari mereka? Dan sememangnya mereka sengaja mengingkari tanda-tanda kekuatan Kami (sedang mereka sedia mengetahuinya). (Fussilat 41:15) |  English Translation 


Tiada ulasan:

الخطوات الأولى في اللغة العربية - Bersama Ustaz Yunus Zainol ( Yayasan Taalim )

SIRAH SAHABAT RASULULLAH - Ustaz Abdul Halim bin Nasir Al-Hafiz

Indahnya Bahasa.

Isu Terkini 1

Informasi Terkini

Agungnya Islam

Kajian Kitab Mestika Hadis - USTAZ ABDUL HALIM BIN NASIR AL-HAFIZ

Kitab Mestika Hadis -Muqaddimah.Hadis 7
Hadis 9

Siri Kuliah Sirah ( Khazanah Silam )

USTAZ ABDUL HALIM NASIR AL-HAFIZ

Fiqh Sirah 1 - Said Ramadan Al-Buti
Ketulinan dan Kesempurnaan Ajaran Rasulullah Siri 2.
Perjuangan Rasululah.
.
.
RIWAYAT HIDUP RASULULLAH S.A.W


Perlembagaan Islam Madinah
.
.
Perang Badar
.
.
Perang Uhud
.
.
.
.
Kitab Sirah Rasulullah

Kajian Kitab Hadis 40 - Imam An-Nabawi

Ustaz Nazmi bin Abd. Karim Hadis ke-14 & 15, Hadis k2-27

Pemikiran Sejahtera

SIRI KULIAH oleh Ustaz Abdul Halim bin Nasir Al-Hafiz
.
.
Iman dan Kehidupan -
Dr. Yusuf Al-Qhardawi
Peringkat Janin.
Mengingati Kurniaan Allah
Nikmat Kemanusiaan.
Ukhuwah.

Berhati Teguh Menghadapi Kesulitan.


.
.
Apa Erti Saya Memeluk Islam - Fathy Yakan

Muslim Akidah


3.
.
.

Kitab Iman Tirmizi, Kitab Syamil Muhammad S.A.W

Kitab Syamail Muhammad SAW
Keperibadian Rasulullah.

Ketulusan Jiwa 2

MEMAHAMI AL-QURAN MELALUI NAHU DAN SORAF Bersama Ustaz Abdullah bin Endut.

Kursus Mamahami Bahasa Arab Al-Quran ( 2 Tahun / Lebih 100 Siri )
Bermula 22/02/2012................................................22/02/2014.
Siri 28. Fi'el
Siri 41. Haraf
Siri 54. Penditilan Haraf Melalui Surah Ali Imran Ayat 1...dan Al-Baqarah Ayat 159 - 164 ( Mengenalpasti Fi'il Mudhariq ).
Siri 55. Mengenalpasti Mabni & Mubrab.
Siri 56. Pendetail Pembentukan fe'el dalam Al-Quran



30 Mac 2010, Sekolah Kebangsaan Jelutung, Kulim.
Pengalaman Pertama Diuji Hafazan - Juz Amma.
Mewakili Sekolah Kebangsaan Seri Kulim
dalam Majlis Tadarus Al-Quran ( MTQ ), PKG Kulim.

Nikmat Allah yang mana lagi yang kamu dustakan ? HAFAZAN SURAH AR-RAHMAN.

Bacaan Al-Quran Oleh Ustaz Ismail bin Hashim

Kunjungan Hari Ini