Live Pilihan IBAI, ABU ANAS

Live Pilihan IBAI, ABU ANAS.

Isnin, 22 Mac 2010

Resensi Buku Novel Azfa Hanani

Pertandingan Resensi Buku
Peringkat Sekolah
SMK Junjung
Anjuran : Pusat Sumber Sumber Sekolah, SMK Junjung
En. Md. Sharif b. Othman

Nama Buku : Azfa Hanani
Pengarang : Halis Azhan Mohd Hanafiah
Penerbit : Utusan Publication and Distributors Sdn Bhd
Ketebalan : 213 muka surat
Terbitan ( Tahun ) : Terbitan 1, 1995, Edisi Pelajar 2010.
_______________________________________________________________
Teks Resensi Buku
Assalamualaikum dan selamat sejahtera saya ucapkan kepada hadirin sekalian. Sebagai pelajar yang menuntut di tingkatan 4,saya berasa amat teruja akan keluaran novel Azfa Hanani karya Halis Azhan Mohd Hanafiah yang merupakan anak kelahiran Kota Bharu, Kelantan.Meneliti semua novel yang pernah dibaca, saya memilih novel Azfa Hanani berdasarkan keunikannya. Terdapat perbandingan yang jelas antara novel ini dengan novel kajian di tingkatan 1,2 dan 3. Kebanyakannya berunsurkan peperangan, pergolakan dan cinta remaja yang menjadi tema utama novel-novel tersebut.

Novel terbitan Utusan Publication and Distributors Sdn Bhd ini telah memenangi hadiah utama kategori novel remaja anjuran Utusan Melayu dan Public Bank pada tahun 1994. Novel ini mengisahkan Azfa Hanani seorang gadis 17 tahun yang cantik dan berwajah lembut merupakan watak protagonis. Dia dibesarkan oleh bapa saudaranya dalam serba kekurangan dan penuh dengan kedaifan kerana kehilangan orang tuanya semasa dia masih bayi. Dia seorang yang gigih menuntut ilmu dan taat pada pak long dan mak longnya. Selain itu, dia memiliki sifat mulia seperti penyayang, bertanggungjawab, taat pada perintah agama, bijak bergaul, cekal hati, pemaaf dan teguh jati diri. Dia perlu menyamar menjadi Tengku Murni. Tengku Murni merupakan anak gadis kesayangan Datuk Tengku Makmur dan Datin Maziah. Wajah Murni seiras dengan Azfa Hanani. Malang tidak berbau, Murni meninggal dunia dalam satu kemalangan.

Pada pendapat saya, Azfa Hanani sanggup mengambil risiko untuk menyamar menjadi Tengku Murni bagi memastikan Datin Maziah yang baru tersedar dari koma tidak tertekan tentang kehilangan anaknya. Novel ini mengingatkan saya tentang pepatah melayu yang berbunyi "Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul". Di banglo Datin Maziah, Azfa Hanani melalui pelbagai peristiwa pahit dan manis serta pengalaman yang pelbagai.

Pada peringkat permulaannya, kita diperkenalkan dengan watak Azfa Hanani yang berasa takut setelah mengetahui pencuri buku di perpustakaan sekolah telah dapat dikesan dan akan ditangkap serta diambil tindakan. Dia dipanggil ke bilik pengetua. Rupa-rupanya dia ditawarkan menjadi anak emas keluarga kaya dan diminta untuk menyamar kerana wajahnya mirip Tengku Murni "bagai pelanduk dua serupa". Peringkat eksposisi novel ini dipuji dan membuatkan saya ingin terus membacanya.

Penceritaan novel Azfa Hanani berkembang apabila dia diajar cara bertutur, makan, dan bergaul seakan-akan Tengku Murni. Azfa Hanani berjumpa dengan Datin Maziah dan penyamarannya berjalan lancar. Kemudian, dia dihantar ke Sekolah Menengah Taman Sari.

Pengarang menjadikan cerita ini semakin rumit sewaktu Azfa Hanani mendapat bungkusan hadiah daripada Ekran. Ekaran mengaku bahawa dia mempunyai hubungan istimewa dengan Tengku Murni namun mendapat tentangan daripada seseorang. Keberkesanan penulis mencipta plot perumitan benar-benar terserlah.

Pada peringkat klimaks, Azfa Hanani mengetahui bahawa Tengku Muzaffar menjadi penghalang perhubungan akrab Ekran dan Tengku Murni kononnya tidak setaraf pangkat dan darjat. Berlaku pertengkaran yang besar antara Tengku Muzaffar dengan Azfa Hanani. Datin Maziah yang terdengar perbalahan mereka berasa begitu marah dan tertipu. Pepatah Melayu ada menyebut, "Sepandai-pandai Tupai Melompat, Akhirnya Jatuh ke Tanah Jua." Azfa Hanani ditampar, dihina dan dihalau keluar dari banglo mereka. Pengarang berjaya mencipta suasana dramatis dan menyentuh perasaan.

Peleraian, penulis menceritakan Datuk Tengku Makmur memberitahu Azfa Hanani bahawa beliau yang sedang mabuk telah melanggar teksi yang dinaiki keluarga Azfa Hanani hingga mengakibatkan ibu dan ayah Azfa Hanani terbunuh. Datuk Tengku Makmur dan Datin Maziah telah berjanji menjaga Azfa Hanani dengan penuh kasih sayang untuk menebus kesilapan mereka 16 tahun lalu.

Jelas digambarkan nilai-nilai positif yang patut dijadikan amalan. Nilai pengorbanan, kegigihan, kasih sayang, kerajinan, kesyukuran, berdedikasi, berpegang pada janji, dan bersikap prihatin mesti dihayati sebaiknya. Semuanya sangat sesuai untuk disemai kepada golongan belia zaman moden ini.

Teks Azfa Hanani menyajikan pelbagai pengajaran berguna. Manusia perlulah melakukan pengorbanan demi membahagiakan orang lain. Pengorbanan yang diberikan itu akan mendatangkan manfaat untuk diri kita menjalani kehidupan akan datang atau mungkin suatu hari nanti, kita bakal menjadi seorang yang mengharapkan pertolongan dan belas kasihan orang lain.

Selain itu, dalam usaha mencapai kejayaan, kita hendaklah sentiasa gigih dan tidak mudah berputus asa sinonim dengan pepatah Melayu "Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya". Lebih-lebih lagi sebagai seorang pelajar, saya sangat mengagumi semangat Azfa Hanani yang sanggup berulang alik 30km ke sekolah semata-mata untuk melanjutkan pelajaran dalam aliran sains tulen.

Seterusnya, kita seharusnya tidak bersikap sombong dengan kekayaan dan pangkat yang ada. Nikmat ini hanyalah bersifat sementara yang mudah ditarik bila-bila masa oleh Yang Maha Pemberi Rezeki. Hanyalah ilmu yang mengangkat kemuliaan manusia dan menjadi pendorong sepanjang hayat.

Penulis juga mengajar saya supaya sentiasa ringan tulang dalam memberikan pertolongan secara ikhlas. Budi yang disumbangkan tidak dapat dibalas dengan wang ringgit dan akan dikenang seumur hidup sesuai dengan pantun berbunyi ;
Pisang emas dibawa belayar,
Masak sebiji di atas peti,
Hutang emas boleh dibayar,
Hutang budi dibawa mati.

Mungkin tiga ke empat tahun lagi, saya dan rakan-rakan sekalian bakal melanjutkan pelajaran ke universiti-universiti hebat luar negara seperti University of Oxford di United Kingdom, Al-Azhar di Mesir, dan Harvard di Amarika Syarikat. Penulis berpesan kepada remaja sekalian supaya mengingati asal usul dan sentiasa berpengang pada prinsip " Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri " untuk mengelakkan remaja tidak luntur perasaan cinta akan tanah tumpah darah masing-masing.

Akhir sekali, kita hendaklah bersabar dalam menghadapi ketentuan dan dugaan daripada Tuhan. Kepayahan itu hanyalah satu ujian untuk menguji tahap keimanan setiap individu. Sesungguhnya, sesudah kesulitan pasti terlimpah kelapangan dan ingatlah bahawa setiap masalah pasti terselit jalan penyelesaian.

Novel ini sangat istimewa dan sangat sesuai dijadikan teks novel kajian tingkatan 4. Setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah kepada Kementerian Pelajaran Malaysia.

Gaya bahasa yang indah dan plotnya yang menarik memudahkan kita memahami dan menghayatinya. Malah novel yang mempunyai 18 bab, 213 muka surat ini tidak terlalu tebal dan bersaiz kecil yang sesuai untuk dibawa ke mana-mana sahaja.

Adunan tema dan elemen-elemen komsas memaparkan penulisan yang mengandungi fakta, pengetahuan, dan maklumat yang mampu untuk meningkatkan pembinaan diri dan pembentukan minda setiap pelajar. Melalui karya seperti ini, saya dapat mengenal inspirasi penulis dan menikmati karya sastera negara. Malah, hasil pena ini dapat menggalakkan minat membaca serta menjadi saluran untuk kita memahami budaya dan cita rasa masyarakat Malaysia.

Bacalah novel Azfa Hanani. Saya pasti, semangatnya akan meresap membentuk insan yang bermotivasi tinggi. Semoga sistem pendidikan negara akan lebih mantap dan penulisan kreatif rakyat Malaysia lebih maju dan tidak lapuk ditelan zaman.

Sekian, terima kasih.

Nurul Shahirah bt Shafie
4 Sains
SMK Junjung

SIRAH SAHABAT RASULULLAH - Ustaz Abdul Halim bin Nasir Al-Hafiz

1 - Abu Bakar As-Sidiq
1. Lima Gelaran Mulia Saidina Abu Bakar - Abi Bakrin, Abdul Kaabah, Al-Atiq ( Bebas daripada api neraka ), Al-Awwah ( Orang yang gerun, cemas & takut siksaan Allah ) dan As-Siddiq.

Indahnya Bahasa.

Isu Terkini 1

Informasi Terkini

Agungnya Islam

Kajian Kitab Mestika Hadis - USTAZ ABDUL HALIM BIN NASIR AL-HAFIZ

Kitab Mestika Hadis -Muqaddimah.Hadis 7
Hadis 9

Siri Kuliah Sirah ( Khazanah Silam )

USTAZ ABDUL HALIM NASIR AL-HAFIZ

Fiqh Sirah 1 - Said Ramadan Al-Buti
Ketulinan dan Kesempurnaan Ajaran Rasulullah Siri 2.
Perjuangan Rasululah.
.
.
RIWAYAT HIDUP RASULULLAH S.A.W


Perlembagaan Islam Madinah
.
.
Perang Badar
.
.
Perang Uhud
.
.
.
.
Kitab Sirah Rasulullah

Kajian Kitab Hadis 40 - Imam An-Nabawi

Ustaz Nazmi bin Abd. Karim Hadis ke-14 & 15, Hadis k2-27

Pemikiran Sejahtera

SIRI KULIAH oleh Ustaz Abdul Halim bin Nasir Al-Hafiz
.
.
Iman dan Kehidupan -
Dr. Yusuf Al-Qhardawi
Peringkat Janin.
Mengingati Kurniaan Allah
Nikmat Kemanusiaan.
Ukhuwah.

Berhati Teguh Menghadapi Kesulitan.


.
.
Apa Erti Saya Memeluk Islam - Fathy Yakan

Muslim Akidah


3.
.
.

Kitab Iman Tirmizi, Kitab Syamil Muhammad S.A.W

Kitab Syamail Muhammad SAW
Keperibadian Rasulullah.

Ketulusan Jiwa 2

MEMAHAMI AL-QURAN MELALUI NAHU DAN SORAF Bersama Ustaz Abdullah bin Endut.

Kursus Mamahami Bahasa Arab Al-Quran ( 2 Tahun / Lebih 100 Siri )
Bermula 22/02/2012................................................22/02/2014.
Siri 28. Fi'el
Siri 41. Haraf
Siri 54. Penditilan Haraf Melalui Surah Ali Imran Ayat 1...dan Al-Baqarah Ayat 159 - 164 ( Mengenalpasti Fi'il Mudhariq ).
Siri 55. Mengenalpasti Mabni & Mubrab.
Siri 56. Pendetail Pembentukan fe'el dalam Al-Quran



30 Mac 2010, Sekolah Kebangsaan Jelutung, Kulim.
Pengalaman Pertama Diuji Hafazan - Juz Amma.
Mewakili Sekolah Kebangsaan Seri Kulim
dalam Majlis Tadarus Al-Quran ( MTQ ), PKG Kulim.

Nikmat Allah yang mana lagi yang kamu dustakan ? HAFAZAN SURAH AR-RAHMAN.

Bacaan Al-Quran Oleh Ustaz Ismail bin Hashim

Kunjungan Hari Ini